Tuesday, March 25, 2014

Terkesan dari tragedi MH370

 
My deepest condolence to all family members of passengers and crew MH370.
 
 
Satu Malaysia terkesan dengan tragedi yang menimpa MH370.
From the first day I heard the news of missing aircraft on 8 March 2014, saya percaya masih ada ruang untuk mereka semua selamat. Dan sehingga PM mengumumkan berita pada jam 10.00malam,  24 March 2014, saya masih percaya masih lagi ada ruang buat mereka semua selamat.
 
Bukankah, tiada penemuan bukti pesawat dan juga bukti mayat dijumpai?
Mereka cuma hilang. Hilang. Hilang.
 
Tapi, bila saya kaji semula Indian Ocean tu dalamnya adalah 3600m, saya cuma mengharapkan masih ada keajaiban yang akan berlaku.
 
Bila saya dimaklumkan yang last location of MH370 detected itu adalah satu kawasan terpencil dan paling sunyi di dunia, I repeat, di dunia, Allah hu Akhabar, saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik buat mereka semua.
 
 
Sedih. Sebak.
Walaupun, tidak seorang pun yang saya kenal yang terlibat dalam tragedi MH370.
Tapi itulah, kita manusia dikurniakan dengan rasa simpati yang sangat tinggi.
Walau apa pun kepercayaan agama, walau apa pun pemahaman politik, walau apa pun kaum dan bagsa, kita semua terkesan dengan tragedi yang menimpa MH370 ini.
 
 
Terlalu banyak spekulasi.
Terlalu banyak persoalan yang tiada jawapannya.
Yang pasti, Allah tahu kesemuanya.
Janji Allah itu pasti.
Bila Dia berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia.
Dan, Dia adalah sebaik-baik perancang.
 
 
Al-Fatihah.

Wednesday, March 19, 2014

Hari Rabu yang memenatkan.

Setiap hari Rabu pada tahun 2014 adalah hari yang sangat stress banding dengan hari-hari yang lain. Stress sebab I have classes with my students from 8am until 5pm. Rehat cuma dari jam 1.00pm hingga 2pm. Semput. Penat.

Mana nak siapkan slides pengajaran.
Mana nak prepare untuk sharing knowledge.
Mana nak rekacipta soalan lagi.
Mana nak prepare mental with all the killer questions from the student.

Argh, stress amat.

Selalunya, malam sebelum hari Rabu, iaitu Selasa la kan, mesti punya tido tak lena.
Mesti punya teringat-ingat di fikiran, slides tak siap edit lagi.
Mesti punya teringat-ingat pasal class la. Sobs.

Dan hari ini, seperti minggu-minggu yang lepas, I tetap kena masuk kelas.
Dengan tetiba ada yang call mintak kita buat kerja last minute.
Dang! Double tension, HOI!

Semput nak ngejarnya.
Semput sangat lah.
Penat.

Masuk kelas pun, mintak izin dengan students sebab nak duduk.
Mengah mak yong haa.
Dahla masuk kelas lewat. Kesian students ternanti-nanti.

Alhamdulillah, dah hampir jam 5 petang.
Hooyeh, nak balik dahhH!

Nanti sampai rumah, mesti kesian kat Aleescha.
DIa mesti nak ajak ibu dia main sama.
Tapi mesti dapat agak dah, ibunya ni akan duduk aje kat sofa hilangkan penat seharian.

Sigh.

Monday, March 17, 2014

Gelagat anak time solat.

Tengah - tengah solat, boleh pulak si kecil ni main selak-selak telekung kite.
Macam nak main cak-cak lah.
 
Tengah - tengah sujud, boleh pulak si kecil ni tepuk tepuk belakang kite.
Macam nak main kuda-kuda lah.
Lepas tu dia gelak sengsorang.
 
Tengah - tengah duduk tahiyat akhir, boleh pulak si kecil ni datang dan duduk atas riba.
Terasa nak tergelak pun ada.
Tapi tengah solat.
Kenalah kusyuk.
 
Hihihi.
Anak oh anak.

Entry pertama di tahun 2014

My last post, like 6 months ago? Hehe. Abaikan. Sekarang kat ofis dah dapat PC baru, YEAYYYY, boleh update blog selalu la maknanya, DOUBLE YEAYYYY! . Hoorey sangat rasa! Ehehe. Nak harapkan kat rumah update blog, memang tak dapat lah. I lebih rela ngadap anak dan suami dan kain bertimbun timbun timbun timbun dari ngadap PC semata nak cerita cerita kat sini. Hehehehe. Harapnya, dengan adanya PC baru kat ofis ni, semangat meng-update blog tu makin tinggi dan memuncak-muncak lah. Kite tengok nanti apa cerita. Kite tengok.

Kadang rasa skill menulis tu dah kureng lah. Eceyh, macam lah skill benar. Heh. Takpela, kite cuba. Muncul secara tibe-tibe ni mesti takde siapa nak peduli dan baca blog nih. Kahkah.Takpela. Once before pun, menulis blog hanya untuk suka suka dan tak sangka la ada jugak yang sudi membaca. Hehe.

Aleescha sekarang pun dah umur 1year 5month. Erm, dah besar dah dia. Tapi, masih anggap dia baby. Selalu cakap kat husband, "Dia baby lagi, macam mana la dia boleh itu, boleh ini, buat itu, buat ini, fikir itu, fikir ini, dan bla, bla, bla".. Masih tak dapat menerima hakikat yang dia cepat betul membesar.

Dan Aleescha pun bakal jadi kakak. Yes, I'm pregnant again. Hehehe.

Okla, itu sahaja la dulu buat kali ni. Nanti tengokla nak cerita apa lagi, esok esok esok. Serious, macam segan segan pulak nak menulis kat blog nih. Hehe.

xoxo,
cik.puan.belle

Sunday, August 18, 2013

Gigi kapak yang pertama

Akhirnya, dapat jugak abadikan gambar gigi kapak Aleescha yang pertama. Huhu. Susah sangat nak capture gambar gigi Aleescha. Bukan mudah nak suruh dia bukak mulut tunjuk gigi. Dan akhirnya, hari ni berjaya! Tengah bergurau-senda, dia gelak gelak sambil buka mulut tunjuk gigi. Memang momen palinh sesuai sangat nih! Huhu.


Tu dia, tu dia. Nampak tak??? Hihi..

Alhamdulillah
:-)

Cerita tentang 9 bulan

Lagi 6 hari, Aleescha kesayangan ibu ni dah nak masuk 10 bulan. Dan, sebelum terlupa momen-momen dengan Aleescha, i nak berkongsi di sini. I bekerja, ingin pulak tengok anak membesar depan mata. Tapi itulah, dari jam 7 pagi hingga jam 6 petang, Aleescha di rumah nanny. Sekurang-kurangnya di sini, ibu tahu anak ibu membesar "depan mata" ibu juga.Hihi.

Sehari selepas Aleescha masuk umur 9 bulan, I perasan something "white" dekat gusi dia. I ingat Aleescha ni makan kertas sebab kertas memang kesukaan dia. Sangat suka. Kalau tengah menangis, diberinya kertas, memang dia akan senyap. Leka dengan kertas. Diramas, dicarik, dan gigit. Memang menjadi kesukaan dia.


And so, I up a status on facebook. Dan ramai komen, ya memang dia nak tumbuh gigi! Oh, I was so excited. Excited sangat! Hihi. Why? Because anak kawan-kawan kat office ni, ramai tumbuh gigi awal. Ada yang 3 months pun dah tumbuh. And, I keep questioning myself, is there anything wrong with Aleescha? Kenapa gigi dia tak tumbuh lagi ni? Hihi. Dalam kekusutan, masih timbul sifat positif tu : Don't worry much, every child is unique in their own way. Ok. Positive. That's why la, bila nampak gigi Aleescha nak tumbuh, I share the joy with everyone! Hihi. Ya, by updating on facebook account. Heehehe.

And, I was so lucky, Aleescha hanya demam beberapa jam sahaja dengan suhu 37.8 degC. Petang amek dia kat umah nanny, ada rasa panas sikit, and I checked body temperature dia. Ada demam sikit, but not too serious. So, I bukak baju untuk biarkan haba keluar. Keep on power nursing too. Every 1-2 hour, I nurse her. And, I baca surah Al-Fatihah dan raut dahi, muka dan badan dia. Surah Al-Fatihah ni salah satu surah yang I amalkan sebagai ayat penyembuh. Dalam ayat ke-5, "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongn". Lepas tu, niat dalam hati, mohon sembuhkan demam anak. Gitulah. Satu lah, kena yakin. Entahlah, nak cerita tentang ni banyak-banyak, takat tu je yang i tau. Hihihi. Whatever-lah. Hihi. I'm just sharing dan terpulang pada ibubapa boleh ke nak terima berubat dengan ayat-ayat Al-Quran ni. Hihi. Tapi, kalau dah 3 kali ulang cara dan baca Al-Fatihah dan tak surut jugak demamnya, better la jumpa doctor cepat-cepat, takut ada penyakit lain aje kan.

 Berjumpa dengan ini:

Surah Al-Fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, Insyaallah akan segera sembuh



Mana tahu mujarab.
Hihi.

Okla, back to the story. Esok paginya, I checked on her temperature once again, Alhamdulillah, dia dah sehat. Syukur sangat. Ramai yang beritahu I, anak nak tumbuh gigi, mesti demam, mesti merengek. And I have mentally prepared for this to happen. Hihi. So ya, demam nak tumbuh gigi orang kata. Hehe. Just be prepared je la kan. Hehe.

So, itu kisah gigi bawah yang nak tumbuh masa umurnya baru masuk 9 bulan.

Dan, waktu nak masuk 10 bulan ni, I perasan lagi sekali, ada putih, putih kat gusinya di bahagian atas pulak. Ya, gigi atas pulak nak tumbuh. Ada masa nanti I nak snap on her teeth. Hihihi. And update here. InshaAllah.

So, tamat sudah kisah gigi nak tumbuh sebatang di bahagian bawah dan sebatang di bahagian atas. Dua batang je jumlahnya. Hehe.

Dan Aleescha pun pandai merangkak di waktu umurnya 9 bulan. Alhamdulillah, merangkak jugak dia. Dan sekarang ni dah belajar meniti dari setapak demi setapak. Tapi, badannya tak dapat nak imbang bebetul lagi. Kiranya, kalau dia terlepas atau tak paut secara kuat-kuat, dia akan tumbang. Hihihi. Dah 2 kali seingat I, dia tumbang ke bawah. Hihihi. Letak bantal keliling dia. Risau jugak kepalanya terhantuk ke apa, kan. Moga sentiasa dilindungi hendaknya.

Dari segi bahasa percakapan pun dah faham beberapa words dah. Like, "naak"..."nehh"..paling comel bila dia menangis, ada bunyi sebut "ibuuu".. hehehe. tapi, panggil ibu tak pernah dengar lagi. Time menangis je ada dengar. Mungkin sekadar bunyi aje. Hihi. Ada sekali tu, dia ada buat bunyi "yah" as for ayah.. hihi. bila suruh sebut lagi, dia dah buat tak tau dah. Hahaha.

Dah pandai nak main-main dan gurau-gurau dengan ibunya ni haa.. Suka dia bila kita letakkan dia dalam walker dan lari-lari konon nak kejar dia. Hihihi. Mengekek-ngekek dia suka. Hee.

And lagi satu, I noticed, Aleescha ni manja sangattt.. Nak tido beralaskan lengan ibunya ni haa.. Alolololo.. Nak suruh kite peluk-peluk dia dan tepuk, tepuk dia. Haila, anak. Hee.

Apa lagi ye nak update tentang cerita 9 bulan?
Hmm.
Lupa dah.
Itulah dia, bila simpan lelama, semua lupa.
Nampak gaya, kena scroll balik facebook timeline.

Sigh.

























Wednesday, July 31, 2013

My breastfeeding journey: Nursing room

Last week shopping di Lot 10, Bukit Bintang,KL. Masuk Isetan, nampak nursing room. Bersih. 

Ada dua bilik untuk nursing. Dalam setiap bilik, cuma ada satu stool ni je. Hihi. Tempat lain,ada jugak yang stool berkusyen kan. Ni takde. Hihi.

Tapi apapun, terima kasih sebab sediakan nursing room untuk kami. Sangat selesa untuk breastfeed my baby. Tak perlu bawa beg besar besar untuk isi botol susu, botol air panas, botol air suam, susu tepung dan segala. 

Shoping kan, mestila dari pagi hingga ke malam. Selak aje baju, haa terus kasi twins pada baby. Hikhik. 

Mudah.
Alhamdulillah.


Sunday, July 28, 2013

Drama awal pagi.

Pagi ni datang office dengan rasa perut sebu.
Kepala pun pening.
Mual segala.
Pinggang pun sakit.

Sebelum pergi office, time nak salam-salam dengan husband, sempat la mengadu kat dia.

"I rasa nak muntah. Loya".

Suami dengan nada terkejut, "Huh? Da ada, kot?".

"Mengarut la. Mana ada apa-apa la". 

Salam dan berlalu pergi.

Sampai office, mengadu pada kawan-kawan office pulak.
Selidik, selidik, rupanya sebab saya makan ketupat sotong awal sahur tadi.
Pulut kan sejuk.
Orang dah bersalin ni, makan tak boleh macam-macam.
Smuanya kena jaga.
Pendek kata, makan nak kena pantang lagi la.

Sighh.

Kerana pulut, badan sakit-sakit.
Hurm.

Saturday, July 27, 2013

Soalan merepek dari husband tika ini.

Masa on the way nak bershopping raya, tetiba husband boleh pulak tanya soalan yang tak pernah difikir akan keluar dari mulutnya, tika ini:

"Aleescha, Aleescha nak adik, tak?"

"Baby boy. Nak tak?"

Erk.


**********************************************************************************

Itu waktu petangnya. Ini dialog waktu paginya:

"Ibu, Aleescha dah besar dah. Dah 9 bulan dah dia. Dah boleh dah nak bagi adik kat dia. Ada la kawan, nanti".

Double Erk!


Dalam sehari, husband panculkan dua soalan yang memberi maksud yang sama.
Hui, gerun betul.


Senang je, I jawab:

"Sakit tau bersalin. Masih ingat lagi, tau. Tak sanggup lagi la".

"Kesian Aleescha, Biarlah sampai dia umur 2 tahun. Dia nak neh lagi".


Hihi.
Kalau tanya I buat masa ni, memang tak bersedia lagi la.
Tengok baby baru lahir, memang la rasa nak sangat.
Tapi, itulah, bila mengenangkan rasa sakit nak bersalin tu, ohoi, tak sanggup lagi nak harung lagi.
Haha.

Berguling tau atas katil menahan sakit contraction.
Masih segar di ingatan.


Till here.
Daa~

Xoxo.

Tuesday, July 23, 2013

Kuih ole-ole katanya.

Ketawa terbahak-bahak I ni.
Hahahaha.


Bahahahahaha,

Ole-ole ke once-onde? 
Hehe.

Kesian suami.
Teringin sangat agaknya nak makan kuih onde-onde sampai tercipta nama baru.
Hahaha.

Apa sahajala untukmu.
Ke dasar lautan pun rela.
Setakat kuih "ole-ole" apa ada hal! 

Hehe.


Daa~
Xoxo

Monday, July 22, 2013

Babyfood : Pumpkin and Potato Mash, Cheesy Rice Porridge with Chicken

Setiap hari, Aleescha akan bawak bekal ke rumah nanny a.k.a pengasuhnya.  Ibunya la yang harus gigih bangun seawal pagi masakkan bekal untuknya. Bukan apa, dah pesan kat pengasuh Aleescha, jangan disuap makanan lain selain dari apa yang I bekalkan. Luar dari pengetahuan I, I tak pastilah tuh. Hihi. Cuma, tanggungjawab I untuk pastikan Aleescha makan makanan yang bersih dan berkhasiat. Hee. Ala, kadang pernah aje disuapkan Aleescha dengan ice-cream dan cheesecake. Heh heh. Ok, we cut the story short. Opps.

Dan, hari ini, ibunya bekalkan Pumpkin and Potato Mash for her breakfast, dan Cheesy Rice Porridge with Chicken untuk lunch nanti. Hari ni, tak bekalkan buah pun untuk Aleescha. Tak berkesempatan. Sigh. Sepatutnya, potong malam sebelumnya, kan? Hurm.

Ok, kot ada yang nak cuba menu macam Aleescha ni, bolehla cuba-cuba. Hehe. Kalau tak kena selera, ampun, ya. Resepinya:

Pumpkin and Potato Mash


Bahan:
 
Labu manis
Potato
Cheddar cheese (grated)
Broccoli (steamed)
Isi ikan tenggiri

Caranya:

1. Rebus potato dan labu manis sampai empuk.
2. Lenyekkan dengan cheddar cheese secukupnya untuk hasilkan rasa masin dan creamy.
3. Gaulkan bersama steamed broccoli dan isi ikan tenggiri yang telah direbus.



Cheesy rice porridge with chicken


Bahan:
 
Bubur nasi
Cheddar cheese
Broccoli (steamed)
Isi ayam yang telah direbus

Caranya:

1. Masak bubur nasi dan tabur cheddar cheese.
2. Gaulkan bersama broccoli yang diracik halus.
3. Tabur isi ayam yang telah direbus.


Ok, lain kali kita kongsi resepi lain pulak ya.

Daa~
Xoxo.

Lama tinggal.

5 bulan yang lepas?
Lama sungguh.
Rindu sangat.
Tapi, apakan daya, masa sangat mencemburui.
Alasan, ewwah. Hihi.

Belajar-belajar guna blogger apps di phone la.
Tak berapa seronok sebenarnya.
Tapi, tak apalah. 
Sekurang-kurangnya ada coretan.

Saya mahu aktif menulis.
Saya terlalu amat merindui ini.

Tak apalah seandainya ada yang dah melupakan saya. 
Hihi.
Sedar, diri dah kertu. 
Ahaha.

Tiada kaitan pun lah.
 
Chiow!
Xoxo.

Monday, February 18, 2013

Dan sesungguhnya.

Dan sesungguhnya
Saat ini
Daku amat merinduimu

Pagi ini, tibe di office, rasa rindu sangat kat anakanda. Mungkin sebelum ni, i tidur dengan Aleescha aje. Husband tidur kat bilik sorang-sorang die. Hehe. Sebelum ni, kalau bawak Aleescha tidur kat bilik, mesti pagi-pagi nanti Aleescha hadapi blocked nose dan nampak susah untuk die bernafas. Dada die sejuk. Jadi, ambil keputusan untuk tidur di depan tv aje. Demimu, anakanda.

Dan semalam, bawa Aleescha tidur dalam bilik. Biasanya Aleescha akan bangun menyusu dan sekarang dia dah pandai nak 'puting' selalu ada dalam mulut die. Kalau kite tarik, die akan sedar dan mulalah merengek tanda tak puas lagi. Hihi. Hailah, anak.

Bangun pagi, tengok anak masih nyenyak dengan ayahnya. Kebiasaannya, dia akan mintak susu jam 5pagi dan mulalah mata segar bugar lepas tu... Mulut pun bising nak ajak kite main. Tapi, pagi ni, tak ada. Dia bangun minum susu, dia sambung lelapkan mata. I terus bangun siap-siap nak ke office. Dah siap mandi, tengok anak tengah borak-borak dengan ayahnya. Huuuuu. Jealous pulak rasa. Hihihi.

Dan mungkin kerana itu rasanya, mommy rasa rinduuuuu sangat dengan Aleeschae. Dan mommy perlu sedar yang Aleescha milik ayah jugak, bukan hanya milik mommy aje. Huhuhu. I miss u, Aleescha.

Saturday, February 16, 2013

Tangan kecil ini...

.... sudah pandai nak rampas iphone mommy. Mommy punyala risau, takut terkena muka Aleescha ke. Handphone ni berat. Kalau kene muka pasti sakit.

Dan mommy masih ingat tatkala masih dalam pantang. Sewaktu sedang menyusukan Aleescha. Mommy sibuk nak update status kat Facebook. Mommy sibuk layan facebook. Sedangkan waktu itu, Aleescha tengah minum susu dengan mommy. Sepatutnya, mommy layan Aleescha kan.

Sedang Aleescha mamai-mamai, pejam mata, handphone mommy terlepas dari genggaman. Dan ketika itu juga, handphone terkena bahagian bucu mata Aleescha. Aleescha menangis sekuat hati dan mommy panic sangat. Terus mommy peluk Aleescha ketat-ketat sambil tenangkan Aleescha. Berulangkali mommy mintak maaf dengan Aleescha. Kesian sangat Aleescha. *ok serius sebak da* Aleescha, being a good girl, nangis sekejap aje.. Dan mommy lihat ada kesan merah pada bahagian bucu mata Aleescha.. Dan tiada siapa tahu tentang ini even daddy pun tak tahu. I takut sangat.

Petang tu, tok ma dan tok ki pegang pegang Aleescha. Tapi, Aleescha tak happy like before. Lemah sahaja. And tok ki perasan perubahan Aleescha. Dan tok ki juga perasan ada tanda merah pada bahagian bucu mata Aleescha. I dah tak boleh nak hide. I bitau cerita yang sebenar.

Dan terus, both of them marahkan mommy. Marah sebab tak beritahu awal-awal. Tok ki recite a doa and hembus pada ubun-ubun Aleescha. Tok ki samgat ambil berat tentang Aleescha. Tok ma pulak letak minyak gamat pada tanda merah tu. Dan tak lama lepas tu, Aleescha dah jadi happy baby semula. Alhamdulillah.

Since then, mommy dah serik nak main handphone kalau sedang nyusukan Aleescha. Mommu risau jatuh lagi handphone terkena pada Aleescha.

Mommy mintak maaf sangat kat Aleescha ye, sayang. I promise, i will always love u.

With lots of hugs and kisses,
Mommy.

Friday, December 28, 2012

Aleescha dah pandai ketawa

Terkekek-kekek Aleescha ketawa. Dan ianya sungguh bisa buat hati ibu rasa sebak. Sebak. Sebak sehingga hampir menitiskan air mata. Terasa begitu cepat masa berlalu, cepat benar Aleescha membesar.

Ada banyak post dalam draft.
Tapi, ini mesti publish dahulu.
Sebab terlalu excited anak dah pandai ketawa.
Hari-hari menanti saat ini.
Dan hari ini, 28 December 2012, tamat penantian.

*smile*

**************************

Petang tadi sebelum mandi, biasanya I akan main-main dengan Aleescha. I akan buat exercise kayuh basikal la, I akan urut-urut kaki dan bahu die la, urut 'I Love You' kat dada and perut die la. Suka tengok aksi die lentok-lentokkan badan die. Mungkin die geli, mungkin. Hihi. Sambil borak-borak dengan Aleescha. Seronok sebab dia dah pandai bercakap bahasa baby. Hik hik hik. Masa nak mandikan Aleescha adalah waktu paling I suka. Paling rasa Aleescha sayang sangat ibu. Paling rasa Aleescha kenal, ini ibunya. Ahhh, melting.. Dalam waktu I main-main dengan dia, I genggam jari-jari dia dengan tangan I. I agah-agah dia sambil gerakkan tangan dia. Suka betul dia. Suka terkekek-kekek. I lagi la seronok dok mengagah. Cubaan untuk rekod a video tak berjaya. Dia senyap dan tengok aje kat my phone. Huhu. Jadi, tak berjaya. Kita cuba lagi next time. Hmmp.

Dan ini yang pertama kali dia terkekek-kekek depan I.
Hati jadi sayu. Sayu sangat.
Sebab hari-hari menatap muka Aleescha.
Sebab hari-hari tengok apa aktiviti Aleescha.
Sebab hari-hari tunggu moment 'Saat Yang Pertama Kali'.

Hari Ahad ni, I dah nak start kerja setelah cuti 90hari.
Mesti saya akan missed moment-moment indah 'Saat Yang Pertama Kali'.
Sigh. Harus bersedia.


Aleescha Sophea at 2 months ++


Mommy loves you so much!



Monday, November 12, 2012

30 Hari Melihat Dunia


Masih di ingatan saat bertarung di labour room.
Masih di ingatan saat pertama kali mendegar tangisanmu.
Masih di ingatan saat pertama kali bertentang mata denganmu.
Masih di ingatan saat pertama kali berada dalam rangkulanku.



Happy 1-month old, Aleescha Sophea.

Doa ibu, "Semoga menjadi anak yang baik akhlaknya, menjadi anak yang solehah, sentiasa taat pada Allah, ibu dan ayah, rajin belajar, cerdik dan pintar pemikirannya. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah, semoga sentiasa dilindungi olehNya".
Amin Ya Rabbal A'lamin


Current Weight : 4.2 kg
Current Length : 53 cm
Current head circumference : 35 cm


Cerita tentang 1-bulan:

  • Aleescha dah kenal ibunya. Dan pandai pandang dan tenung muka ibu.
  • Menyusu setiap 2-3 jam sekali.
  • Jadual tidur : Pagi - 10.30pagi, T/hari - 12.00t/hari, Petang - 3.00petang, Malam - 8.00malam
  • Terkejut dengar bunyi guruh.
  • Menangis bila lapar, tanda nak susu ibu la tu.
  • Masih setia dengan susu ibu kerana susu ibu adalah yang paling terbaik! =)

Thursday, October 11, 2012

The arrival


Introducing..


Aleescha Sophea


Date of birth : 11 October 2012
Time of birth : 3.02 am
Sex : Girl
Weight at birth : 3.2 kg
Length at birth : 51 cm
Head circumference : 32 cm

Monday, October 1, 2012

The waiting game


Masih setia mengira detik.
Masih setia menanti hadirmu.
Masih teruja rasa melalui lewat hari-hari akhir ini.

Dalam debar, ada rasa tidak sabar menanti hadirmu.
Dalam debar, ada rasa tidak sabar menanti saat  hangatnya rangkulan pertama.
Dalam debar, ada rasa tidak sabar menanti waktu pertama kita bertentang mata.


 
Oktober 1, 2012
10:34 pm
Kuantan
 @38 minggu
 


Saturday, September 29, 2012

Bila perut berombak-ombak

Boringnya blog tanpa entry baru. Sigh.
Hari-hari memang ada rasa nak menulis entry baru, tapi apakan daya, di office tak boleh update, mungkin mereka blocked atau system bermasalah. Tapi kan, Facebook.com bebas pula untuk dilayari! Haha.

Dan banyak cerita nak dijadikan cerita di blog.
Tapi, semuanya hanyut sudahhhhhh!
Alahai. Tapi takpe, nanti kite selak buku pink tu, mesti kite ingat kejadian pada hari itu.

21 September 2012.

Sudah 37weeks and 2days. Seriously, memang ada rasa sangat tak sabar untuk tengok baby dalam rahin ni keluar tengok mommy and daddy and semua lah. Hehe. Cuma tanya-tanya aja pada baby, "Bile baby nak keluar ni? Keluar lepas pay-day eyh".. HAHAHAHA. Gitu. Seronok baby dah besar sekarang. Baby dah pandai beri respond. Kalau cakap-cakap dengan dia, mesti die tendang-tendang atau buat aksi geli-geli kat bawah uterus.

Tapi, sekarang dah kurang rasa pergerakkan baby. Tak macam sebelum ni, setiap jam akan bergerak aktif. Sekarang, mungkin baby dah besar, dan rasa sedikit sempit dalam rahim. So, dia nak gerak-gerak, agak terbatas. Hanya boleh beri tendangan sahaja mungkin. Atau menghimpit ginjal mommy sahaja mungkin. Kadang mungkin baby sedikit stress kot, nampak badan ke montot baby ni, menonjol-nonjol. Hehe.




Nampak tak baby bergerak-gerak. hehe. I tak tau la baby tengah buat apa kalau gerakkan begitu. Hehe. Selalunya, aktiviti gini, lepas I dinner, dan sedang menonton news at TV3. Hehe. Mula la, baby pun sibuk nak tunjuk aksi. Huhu. Whateverla baby, as long as baby baik-baik aje dalam rahim mommy. Hee.

Dan ini cerita tentang semalam.

Semalam tiduur dalam kesejukkan, sebab bumi Kuantan dibasahi hujan. Best la tidur sejuk-sejuk. Tapi, lupa nak pakai stokin. Jadinya, merasalah kaki cramp bila mana menggeliat secara terlebey sudah. Mujurlah ada suami di sebelah. Tak dapat bayang kalau suami takde di sebelah. So far, setiap kali terkena kak cramp ni, suami masih ada di sisi la.

Selalunya, akan kejut suami secara ganas. "Abang, kaki kita cramp, adui, adui", sambil pukul laju-laju badan suami. Memang drama betul I ni.

Dan suami, bangun dengan secara paksa dan pantas betul, "Mana, kaki mana"... "Ni, ni, ni"... Sambil angkat kaki yang sakit tuu. Sabar ajela, suamiku.

Dan memang, sentuhan dari suami adalah pengubat segalanya. Sekejap aje dah reda sakitnya. Memang sekejap je la. Dalam 2 3 minit dah boleh lena semula. Hehehe.

Tak ucap terima kasih pun pada suami, terus layan mata, syoknya tidur. Selalu fikir, nanti dah ada baby, tak dapat dah tidur lena 9 jam sehari. Jadi, masa ni lah kita bantai tidur lama-lama. Hehehehhe.

Dan ini, bakal jadi kenangan indah dalam melayari perjalanan selama mengandungkan anak kami.
Kaki cramp.
Bangun tengah-tengah malam semata nak p toilet bukan sambung buat tahajjud pun. Aduhai.
Suami tolak semua job outstationnya semata kerana isteri yang sedang sarat ni ha.
Pengorbanan orang kata.

Sungguh, tak sabar rasa nak tunggu baby ni keluar. 
Tapi, jauh di sudut hati, rasa sangat rindu waktu-waktu yang telah dilalui sepanjang pregnantkan baby ni.
Dengan emosinya. Dengan rasa malasnya. Dengan rasa tidak dayanya. Dengan pelbagai rasa lah.

Erm, doakan semoga saya selamat bersalin dan proses bersalinkan anak ini dipermudahkan olehNya.
Amin.



Thursday, August 9, 2012

Cerita tentang 31 weeks

Dah masuk 31weeks.
Makin berdebar. Sungguh.
Tapi, 3rd trimester paling best perjalanannya.
Except, nak tunggu rasa sakit bersalin je la, kot?
Hee. Ok, nerves!

Barang baby almost completed da.
Nasib ada Baby Expo kat MidValley tempoh hari.
Memang list out kan semua benda yang nak beli kat Baby Expo.
Ada la 1-2 barang yang tak dapat.
And, Alhamdulillah, membeli dengan checklist di tangan, sangat menguntungkan.
Memang dah siap-siap tuliskan brand sekali based on recommendations daripada mommy-mommy sekalian.
Terus terjah booth, tanya-tanya sikit salesgirl, ok item paid!

Sekarang ni, baby suka mengeras dalam perut.
Dan baby suka gerak-gerak.
Dah kurang berpusing rasanya.
Mungkin ruang dalaman dah sempit. Hihi.

Dan, tiap kali baby mengeras, mulalah usap-usap perut.
Main teka-teka.
Ni lengan baby, ke?
Ni kaki baby, kot?
Ni montot baby, agaknya?
Ni badan die ni...
Haha, it's so fun!
Lepas tu gelak sorang-sorang sebab geliiiiii.... hehee

And we yet to do our first 4D scan.
Last week pergi, tapi Klinik Wyko, Kuantan tutup la pulak.
Lepas tu heading to Hospital Pakar MUIP, Kuantan.
Tak boleh walk-in la pulak.
Have to make an appointment. Sigh.
So, husband cakap, takpela, kite walk-in kat Klinik Wyko je la nanti.
And, ni baru tahu, kawan cerita dekat KMC pun boleh walk-in juga.
So, esok mesti nak kena pergi buat 4D scan juga.
Dah nak masuk 8 bulan. Ok, double nerves!

But, all in all, i really enjoyed this pregnancy journey!
To those yang masih TTC, doa banyak-banyak, baca Al-Quran selalu, solat hajat rajin-rajin, jaga makan.
Elakkan makanan berlemak, makanan fast food, makan banyak buah dan sayur bayam!

Till next entry.