Monday, July 2, 2012

Pertama kali tahu gender si anak


6 bulan sudah. Alhamdulillah.

Tapi, satu barang ape pun tak beli lagi. Checklist lagi la entah ke mana. Berbeza dengan persiapan masa nak kahwin dulu. I know exactly what i want. Tu yang setahun lebih buat persiapan pun ok je, takde waktu blur. Bila sebut nak beli barang baby, checklist baby, seriously, BLUR. hehehee..

Nak-nak bila tak tau gender baby. Lagilah rasa semuanya tersekat aje nafsu nak membeli. Hoho. Terus decide, ok, kena p clinic jugak ni, harus p scan jugak ni. Heh.

Jadi, pergi la scan kat Al-Farabi. Scan 2D sahaja. Sambil-sambil nak buat monthly checkup. Bila part scan perut tu, konon-konon buat tanya doc, " Dah boleh nampak gender baby ke, doc?" Tanya dengan innocent sekali. Haha. Doctor pun terang........ Dah keputusannya adalah rahsia gitu. Hehee. Bukannya apa, sebabnya, i tak nampak clear sangat pun! Haaa itu kesahnya!

Sebab excited sangat nak scan gender baby, malam sebelumnya dah usap-usap perut, cakap-cakap dengan baby. "Esok kita nak p jumpa doctor, nak scan perut. Baby jangan malu-malu ok tunjuk mummy, baby girl or boy, ya". Dan memang baby mendengar kata. Punyalah tunjuk montot kat mummy die, sambil kaki diangkat-angkatnya. Hehehehehe. Good job, baby, good job. You deserve a Baskin Robbins later.

Kini, gender dah tahu. Tapi masih lagi was-was. So, to be safe, saya akan beli secara memilih neutral colour dulu la. Hehe. Tapi, sangat tak tahan melihat barangan warna PINK! Aduhai..

Checklist baby tak siap lagi. Heh.