Showing posts with label diari seorang isteri. Show all posts
Showing posts with label diari seorang isteri. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Drama awal pagi.

Pagi ni datang office dengan rasa perut sebu.
Kepala pun pening.
Mual segala.
Pinggang pun sakit.

Sebelum pergi office, time nak salam-salam dengan husband, sempat la mengadu kat dia.

"I rasa nak muntah. Loya".

Suami dengan nada terkejut, "Huh? Da ada, kot?".

"Mengarut la. Mana ada apa-apa la". 

Salam dan berlalu pergi.

Sampai office, mengadu pada kawan-kawan office pulak.
Selidik, selidik, rupanya sebab saya makan ketupat sotong awal sahur tadi.
Pulut kan sejuk.
Orang dah bersalin ni, makan tak boleh macam-macam.
Smuanya kena jaga.
Pendek kata, makan nak kena pantang lagi la.

Sighh.

Kerana pulut, badan sakit-sakit.
Hurm.

Saturday, July 27, 2013

Soalan merepek dari husband tika ini.

Masa on the way nak bershopping raya, tetiba husband boleh pulak tanya soalan yang tak pernah difikir akan keluar dari mulutnya, tika ini:

"Aleescha, Aleescha nak adik, tak?"

"Baby boy. Nak tak?"

Erk.


**********************************************************************************

Itu waktu petangnya. Ini dialog waktu paginya:

"Ibu, Aleescha dah besar dah. Dah 9 bulan dah dia. Dah boleh dah nak bagi adik kat dia. Ada la kawan, nanti".

Double Erk!


Dalam sehari, husband panculkan dua soalan yang memberi maksud yang sama.
Hui, gerun betul.


Senang je, I jawab:

"Sakit tau bersalin. Masih ingat lagi, tau. Tak sanggup lagi la".

"Kesian Aleescha, Biarlah sampai dia umur 2 tahun. Dia nak neh lagi".


Hihi.
Kalau tanya I buat masa ni, memang tak bersedia lagi la.
Tengok baby baru lahir, memang la rasa nak sangat.
Tapi, itulah, bila mengenangkan rasa sakit nak bersalin tu, ohoi, tak sanggup lagi nak harung lagi.
Haha.

Berguling tau atas katil menahan sakit contraction.
Masih segar di ingatan.


Till here.
Daa~

Xoxo.

Tuesday, July 23, 2013

Kuih ole-ole katanya.

Ketawa terbahak-bahak I ni.
Hahahaha.


Bahahahahaha,

Ole-ole ke once-onde? 
Hehe.

Kesian suami.
Teringin sangat agaknya nak makan kuih onde-onde sampai tercipta nama baru.
Hahaha.

Apa sahajala untukmu.
Ke dasar lautan pun rela.
Setakat kuih "ole-ole" apa ada hal! 

Hehe.


Daa~
Xoxo

Thursday, August 2, 2012

Tentang Ramadhan tahun ini

Alhamdulillah, saya masih berpeluang berpuasa penuh sehingga hari ini. Semoga hingga berakhirnya Ramadhan tahun ini, saya masih berpeluang untuk berpuasa penuh. Amin.

Teringat pula coretan Ramadhan tahun lepas : Ramadhan tahun ini. Dah bergelar isteri. Cumanya masih tinggal berjauhan. Seorang di Kedah, seorang di Kuantan. Tapi, tahun ni, kami dah sebumbung. Dan, tidak tinggal juga ada insan bernyawa dalam perut saya yang sudah saya kendong selama 7 bulan ini. Alhamdulillah.

Dan seperti azam tahun lepas, hendak rajin-rajin masak untuk suami. Hehe. Tercapai. Hampir hari-hari I akan masak untuk kami berbuka. Ada jugak beli kat bazaar. Alhamdulillah, saya bangga dengan pencapaian saya. Hihi.

Bangun siapkan sahur seawal jam 4.15pagi. Panaskan lauk, kejutkan suami, dan bersahur.
Sambil tunggu Subuh, kite jemur baju.
Lepas Subuh, kita tido-tido ayam.
Kemudian bangun untuk siap-siap pergi kerja dan gosok baju kita dan suami.
Lepas tu, berkejar-kejar la kite ke tempat kerja. Hehe.
Sometimes, kite tekan hingga cecah 100km/h.
Suami tak tau ini. Kalau dia tau, habislah kiteeeeee...
Setiap pagi, dia akan pesan, "Drive slow-slow".
Okla tu, tak cecah 120km/h lagi kan. Heh.
Sampai ofis, mulakan kerja.
Jam 10 pagi mulalah mata berair dah tak menahan nak tido!
Maka, terlelapla kejap. Hohoho.
Petang pun macam tu jugak. Lagi la haruu..
Pernah beberapa kali kantoi dengan boss! Haha.
Nasib boss memahami. Heh.
Pulang dari kerja, terus memulakan aksi di dapur.
Sehingga lah waktu berbuka.
Mulalah melepet. Penat woh!
Jam 9 lebih, mata dah mengantuk, jadi tidolah kite. Hehe.

Saya katakan, berpuasa dengan melayan suami, siapkan juadah, sambil membawa perut, amat penat.
Hats off to all mommies in the world!
Andai ada suami yang ringan tulang, anda sungguh bertuah!

Ramadhan tahun depan, coretan berkisah dengan suami dan baby pula.
Bagaimanakah kehidupan? Masih panjang untuk difikirkan. Heh.