Thursday, February 9, 2012

The first 2 lines

Period saya sangat tidak teratur sebaik selepas saya berkahwin. Ye, saya mengalami sindrom irregular period. Stress, memang stress. Sebab saya percaya to conceive, mesti ada regular period dan period adalah normal. Normal means cycles mesti between 28-35 days. Datang secara tetap. Setiap bulan mesti datang secara tetap. Pernah, saya mengalami cycles terpanjang seumur hidup saya (seingatnya-lah) selama 49 days! Dan bulan itu, saya ingatkan saya sudah hamil! Dengan pelbagai symptom orang hamil. Haha. Tapi, part paling sedih bila buat UPT, resultnya adalah negative. KECEWA. Dan tunggulah sehingga period datang menjelma.

Dalam hati, sentiasa berusaha untuk mencari supplement untuk regularkan period kembali. Pantang orang tagged me untuk produk kesihatan, i akan baca review. Lepas tu, ok beli. Amalkan. Tengok period tak jugak regular. Stress. Tapi, tak nafikan ada yang bagus dan mujarab dan period saya kembali regular. Saya amalkan makan vitamin dari Shaklee. Nak cuba? Boleh email saya dan saya akan cuba bantu. Bulan kedua amal vitamin, saya dah dapat regular period. Dan bulan seterusnya, cycles adalah tetap juga. I inform pada husband, yeay, dah dapat regular period. Let's try hard. Hihi.

At that moment, saya masih berjauhan dengan suami. Kami PJJ. Setiap kali minggu subur, kami mungkin terlepas kerana kesibukkan kerja. Atau mungkin telur dah nak keluar, tapi saya masih di Kulim. Dan mungkin juga saya kepenatan naik turun bas memakan masa 11 jam itu.

Tiba waktu saya dapat transfer ke Kuantan, saya kata dengan diri sendiri, ini peluang paling kena rebut. Jadi, saya perlu tahu bila waktu saya ovulate. Dan kerana semuanya di hujung jari, website ini sangat membantu saya:


Saya key-in semua data.
Saya click 'Plan It!'

Dan semua maklumat keluar.

Dan saya text husband, " Kite kena berusaha keras pada XX hingga XX".

Tapi ada sedikit hampa bila waktu saya ovulate itu, kami ada begitu banyak aktiviti.
Suami outstation to KL for 2 days.
Cousin wedding di Johor.

Dan, saya tidak berapa mengharap.
Tapi, masih terus mencuba.

Perlu ingat, sperms boleh hidup di antara 2 sehingga 5 hari. Dan ovum hanya bertahan sehingga 24jam je kan?
Jadi, kite perlukan kekuatan sperms untuk terus hidup dan berharap agar ianya bertemu dengan ovum saat dia matang. Ok, tak mahu cerita lebih lanjut, u know what i mean, kan? Hihi.

Dan sehingga la waktu end cycles.

=)
I can smell something.
Missed period.
Paling ketara!

Dan seterusnya, saya buat test sendiri.
Dan ini resultnya :



Alhamdulillah, syukur Ya Allah.