Thursday, March 29, 2012

Confirm ke tak?

Baru 2 hari lewat, I dah gelabah nak buat prgnancy test. Erm, actually ada sebabnya. Ceritanya begini...

I dapat surat daripada HQ mintak I hadirkan diri untuk menjalani kursus.. Something to do with my job la kan. Untuk memantapkan lagi skill mengajar tu.. I tak happy dengan news tu. I have to be apart with my husband nearly 9 months tau. Termasuk sekali intership la. Dah la intership tu 6 bulan tu kena p tempat orang lain. Which means, ianya di luar Kuantan. I memang tak nak lah, dah la baru je dapat transfer and baru je stay serumah dengan husband. I mula lah mencari alasan yang kukuh. Hehe.

Hence, the pregnancy test.

Alhamdulillah, syukur, Positive! Hehehe.

Balik dari office, singgah farmasi and beli test kit. Berdebar. Sebab sebelum ni memang selalu test pun. Tapi kecewa la kan. So memang dah malas dah nak test. Dahla takde apa-apa symptom. Cuma saya sedar badan saya naik. Dan semua jeans saya dah tak boleh muat okeh. Paling ketara, bila saya try on baju kurung moden yang saya tempah dan baru siap. Ada bonjolon lemak di perut. Dan menjerit-jeritla, oh dah gemok, tak suka tak suka. Sttress Stress.

So, 7 Febuary 2012, balik aja dari office, sampai je rumah, terus buat test. Ada 2 line. Tapi samar-samar. Tapi saya pasti memang dah ada. HIHIHIHI. Snap picture and MMS to my dear husband.


"Be home safely daddy-to-be!" 

Terus husband call dan tahu die speechless. Hihhihi.

"Alhamdulillah.. Nak nangis rasa ".  
Hihihihi. And the conversation lepas tu, I dah lupa. Tu je yang I ingat. Hehe..


Alhamdulillah. Syukur. Berkat doa semua orang. =)
Terus sujud syukur.

Thursday, February 9, 2012

The first 2 lines

Period saya sangat tidak teratur sebaik selepas saya berkahwin. Ye, saya mengalami sindrom irregular period. Stress, memang stress. Sebab saya percaya to conceive, mesti ada regular period dan period adalah normal. Normal means cycles mesti between 28-35 days. Datang secara tetap. Setiap bulan mesti datang secara tetap. Pernah, saya mengalami cycles terpanjang seumur hidup saya (seingatnya-lah) selama 49 days! Dan bulan itu, saya ingatkan saya sudah hamil! Dengan pelbagai symptom orang hamil. Haha. Tapi, part paling sedih bila buat UPT, resultnya adalah negative. KECEWA. Dan tunggulah sehingga period datang menjelma.

Dalam hati, sentiasa berusaha untuk mencari supplement untuk regularkan period kembali. Pantang orang tagged me untuk produk kesihatan, i akan baca review. Lepas tu, ok beli. Amalkan. Tengok period tak jugak regular. Stress. Tapi, tak nafikan ada yang bagus dan mujarab dan period saya kembali regular. Saya amalkan makan vitamin dari Shaklee. Nak cuba? Boleh email saya dan saya akan cuba bantu. Bulan kedua amal vitamin, saya dah dapat regular period. Dan bulan seterusnya, cycles adalah tetap juga. I inform pada husband, yeay, dah dapat regular period. Let's try hard. Hihi.

At that moment, saya masih berjauhan dengan suami. Kami PJJ. Setiap kali minggu subur, kami mungkin terlepas kerana kesibukkan kerja. Atau mungkin telur dah nak keluar, tapi saya masih di Kulim. Dan mungkin juga saya kepenatan naik turun bas memakan masa 11 jam itu.

Tiba waktu saya dapat transfer ke Kuantan, saya kata dengan diri sendiri, ini peluang paling kena rebut. Jadi, saya perlu tahu bila waktu saya ovulate. Dan kerana semuanya di hujung jari, website ini sangat membantu saya:


Saya key-in semua data.
Saya click 'Plan It!'

Dan semua maklumat keluar.

Dan saya text husband, " Kite kena berusaha keras pada XX hingga XX".

Tapi ada sedikit hampa bila waktu saya ovulate itu, kami ada begitu banyak aktiviti.
Suami outstation to KL for 2 days.
Cousin wedding di Johor.

Dan, saya tidak berapa mengharap.
Tapi, masih terus mencuba.

Perlu ingat, sperms boleh hidup di antara 2 sehingga 5 hari. Dan ovum hanya bertahan sehingga 24jam je kan?
Jadi, kite perlukan kekuatan sperms untuk terus hidup dan berharap agar ianya bertemu dengan ovum saat dia matang. Ok, tak mahu cerita lebih lanjut, u know what i mean, kan? Hihi.

Dan sehingga la waktu end cycles.

=)
I can smell something.
Missed period.
Paling ketara!

Dan seterusnya, saya buat test sendiri.
Dan ini resultnya :



Alhamdulillah, syukur Ya Allah.